Thursday, May 27, 2010

KEK UNTUK IBU





Walaupun orang lain dah selamat menyambut hari ibu, tapi aku baru bersiap sedia untuk menyambutnya bersama mak tersayang.....Esok aku sekeluarga akan pulang ke kg halamanku di Kupang, Baling, Kedah....Dan sempena itu aku mengambil kesempatan untuk meraikan mak....
Kek ni aku tempah melalui Mak Lang Azie....Aku dah pernah order sebelum ni... memang sedap...actually ini bukan kek tapi brownise kukus lapis cheese....

Mak...engkaulah ratu hatiku....engkau sanggup berkorban apa saja demi membesarkan anak-anakmu...engkau insan tabah...kutahu bukan senang untukmu membesarkan kami 5 beradik.. terlalu sukar.. penuh cabaran.....tp itu semua bukan halangan untuk kau terus berjuang mendidik kami....

Mak....
Sesungguhnya pengorbanan mu tiada penghujungnyaaa...pengorbanan mu tidak terbalas oleh kami adikberadik....Namun, akan kami cuba untuk membuatkan perjalanan hari-hari mendatang begitu indah buatmu mak.....

Mak, terima kasih atas segalanyaa....ampunkan segala dosa-dosa kami.....
Mak......kami semua sayangkan mak sepenuh hati kami....

Wednesday, May 19, 2010

Happy Birthday sayang....Muhammad Adam Firdaus

Hari ni genap usia anak sulungku Muhammad Adam Firdaus 3 tahun..Tanpa kusedari masa begitu pantas berlari...sememangnya x dapat dikejari....Semalam aku memerhati Adam ketika dia sibuk berlari berkejaran dengan si adik Nuha, dan terdetik dihatiku yang anakku dah makin besar rupanya.. dah makin tinggi, dah makin petah berkata-kata....Si Adik pun dah lebih kurang si Abang jer....dah macam kembar dah kutengok....

Sayangku Muhammad Adam Firdaus...."SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.....SEMOGA MEMBESAR DENGAN SIHAT, MENJADI ANAK SOLEH, MENJADI ABG YG BAIK, MENJADI HAMBANYA YG TAAT....MAMA SENANTIASA MENDOAKAN KEBAIKAN DAN KEBAHAGIAAN MU SAYANG... SESUNGGUHNYA KEBAHAGIAANMU, KEBAHAGIAAN MAMA DAN ABAH JUA...."

Mama dan Abah sayang kamu....mmmmmmuuuuuuuuaaaaaaaahhhhhhhh.....