Saturday, December 25, 2010

Menu tengahari ini....


Hari ni teringin plak tekak nie nak mkn ikan bakar..pagi2 lagi ajak husband pegi pasar cari ikan...balik terus masuk dapur dan inilah hasilnya...
Jemput mkn kawan-kawan...

Wednesday, December 22, 2010

Menjelma Kembali...

Bersua kembali di dunia blog ini..Entah kenapa dan mengapa blog ini ditinggalkan bersawang dan sepi tanpa diupdatekan apa-apa cerita....Entahlaa..mungkin masa dan keadaan tidak mengizinkan aku untuk aktif dalam dunia blog ini...

Namun sebenarnya masih ada hajat dihati untuk aku teruskan jua mengupdate blogku ini....

Tidak ada apa2 yg menarik untuk dikongsikan di sini....cuma ingin ku abadikan coretan perjalanan anak2ku yang makin membesar...

Saban hari aku menatap wajah bersih anak2ku...tanpa kusedari rupanya dah makin besar dan makin pandai..malah dah makin banyak kerenahnya...Semua ini memberi aku pengalaman dan pengalaman membesarkan anak2 ini sebenarnya banyak menyedarkan aku tentang erti kesabaran, erti pengorbanan, erti kasih sayang....

Anak-anakku sumber kekuatanku....sumber inspirasiku...





Thursday, May 27, 2010

KEK UNTUK IBU





Walaupun orang lain dah selamat menyambut hari ibu, tapi aku baru bersiap sedia untuk menyambutnya bersama mak tersayang.....Esok aku sekeluarga akan pulang ke kg halamanku di Kupang, Baling, Kedah....Dan sempena itu aku mengambil kesempatan untuk meraikan mak....
Kek ni aku tempah melalui Mak Lang Azie....Aku dah pernah order sebelum ni... memang sedap...actually ini bukan kek tapi brownise kukus lapis cheese....

Mak...engkaulah ratu hatiku....engkau sanggup berkorban apa saja demi membesarkan anak-anakmu...engkau insan tabah...kutahu bukan senang untukmu membesarkan kami 5 beradik.. terlalu sukar.. penuh cabaran.....tp itu semua bukan halangan untuk kau terus berjuang mendidik kami....

Mak....
Sesungguhnya pengorbanan mu tiada penghujungnyaaa...pengorbanan mu tidak terbalas oleh kami adikberadik....Namun, akan kami cuba untuk membuatkan perjalanan hari-hari mendatang begitu indah buatmu mak.....

Mak, terima kasih atas segalanyaa....ampunkan segala dosa-dosa kami.....
Mak......kami semua sayangkan mak sepenuh hati kami....

Wednesday, May 19, 2010

Happy Birthday sayang....Muhammad Adam Firdaus

Hari ni genap usia anak sulungku Muhammad Adam Firdaus 3 tahun..Tanpa kusedari masa begitu pantas berlari...sememangnya x dapat dikejari....Semalam aku memerhati Adam ketika dia sibuk berlari berkejaran dengan si adik Nuha, dan terdetik dihatiku yang anakku dah makin besar rupanya.. dah makin tinggi, dah makin petah berkata-kata....Si Adik pun dah lebih kurang si Abang jer....dah macam kembar dah kutengok....

Sayangku Muhammad Adam Firdaus...."SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.....SEMOGA MEMBESAR DENGAN SIHAT, MENJADI ANAK SOLEH, MENJADI ABG YG BAIK, MENJADI HAMBANYA YG TAAT....MAMA SENANTIASA MENDOAKAN KEBAIKAN DAN KEBAHAGIAAN MU SAYANG... SESUNGGUHNYA KEBAHAGIAANMU, KEBAHAGIAAN MAMA DAN ABAH JUA...."

Mama dan Abah sayang kamu....mmmmmmuuuuuuuuaaaaaaaahhhhhhhh.....

Friday, April 2, 2010

Model cilikku......

Tanpa kusedari Anak daraku Nur Najwa Nuha dah makin besar... dah makin pandai bergaduh dengan Abang Adam berebut mainan...dah pandai menyakat Abang Adam sampai abang nangis.... dah pandai ajak mama buat itu...buat ini...Dah pandai ajak mama baca buku...dah pandai macam-macam.......alhamdulillah...Mama senantiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak mama...

Mama ok x Adik posing camni???


cakkkk mama......


ala ala seorang model cilik gitu....

Friday, January 8, 2010

CUTEST BABY PHOTO CONTEST

Nak join contest lagi  untuk kali kedua....

Kali ni dari SweetLovelyShoppe
Tarikh Tutup Contest 20 Januari 2010






 

 
Nama Anak : Muhammad Adam Firdaus Bin Norhisam
Umur Sekarang : 2 tahun 7 bulan
Umur sewaktu gambar dirakam :  1 tahun
Nama Ibu : Hasliza Bt Ibrahim

Mama tersangatla suka melihat gambar anak teruna mama sorang ni..Gambar ni sewaktu Adam berumur Setahun..Hilang gundah gulana bila mama melihat senyuman anak mama ni....
 
Jom ramai-ramai meriahkan contest ni..
Klik sini.

Wednesday, January 6, 2010

CUTEST BABY 2009 CONTEST BY Mama_Aqish


Teringin la plak rasanya nak mencuba masuk contest.... baru nak belajar dan just suka-suka jer ni...Harap-harap penyertaan kali pertama ini memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan...

Syarat-syarat penyertaan...

1. Add @ Link Mama_Aqish & Branded Baby Clothes di blogroll/bloglist anda.



2. Anda diWajibkan untuk menjadi Follower Mama_Aqish & Branded Baby Clothes & Clickz Shope

3. Sila Tepek Banner Penganjur Contest & Penaja Contest di Sidebar Blog anda & pastikan ianya Link Back ke contest ni & Blog Penaja


4. Hanya tajuk "CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish" sahaja yang DITERIMA & Sila Pastikan ENTRI Contest Berkenaan adalah "STICKY MODE".... (senang mama nak amik gambo peserta untuk publish)


5. Contest ni untuk Baby berumur 3 Tahun ke bawah 2006 - 2009 dan Contest Bermula dari 20hb November 2009 sehingga 06 Januari 2010 


6. Upload hanya SEKEPING gambar Baby anda yang Latest sekali....Gambar yang Di EDIT & gambo Studio dilarang sama sekali ok....gambo mesti sendiri snap k....baru adil kan..


7. Bila dah siap, tinggalkan URL LINK anda di entri ini. Untuk pemilihan pemenang nanti... & Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada blog ini...


8. Hadiah untuk pemenang ditaja oleh BRANDED BABY CLOTHES


9. Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....


Dan yang paling penting sekali, sila lengkapkan butir2 berikut:


1) Nama Anak Anda beserta Umur & Tarikh Lahirnya


Ni jer gambar yang ada untuk dicalonkan....Abaikan lah yer kaki daddynya itu....



NAMA : NUR NAJWA NUHA BINTI NORHISAM
UMUR : 1 TAHUN 5 BULAN
TARIKH LAHIR : 30 JUN 2008