Friday, January 8, 2010

CUTEST BABY PHOTO CONTEST

Nak join contest lagi  untuk kali kedua....

Kali ni dari SweetLovelyShoppe
Tarikh Tutup Contest 20 Januari 2010






 

 
Nama Anak : Muhammad Adam Firdaus Bin Norhisam
Umur Sekarang : 2 tahun 7 bulan
Umur sewaktu gambar dirakam :  1 tahun
Nama Ibu : Hasliza Bt Ibrahim

Mama tersangatla suka melihat gambar anak teruna mama sorang ni..Gambar ni sewaktu Adam berumur Setahun..Hilang gundah gulana bila mama melihat senyuman anak mama ni....
 
Jom ramai-ramai meriahkan contest ni..
Klik sini.

Wednesday, January 6, 2010

CUTEST BABY 2009 CONTEST BY Mama_Aqish


Teringin la plak rasanya nak mencuba masuk contest.... baru nak belajar dan just suka-suka jer ni...Harap-harap penyertaan kali pertama ini memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan...

Syarat-syarat penyertaan...

1. Add @ Link Mama_Aqish & Branded Baby Clothes di blogroll/bloglist anda.



2. Anda diWajibkan untuk menjadi Follower Mama_Aqish & Branded Baby Clothes & Clickz Shope

3. Sila Tepek Banner Penganjur Contest & Penaja Contest di Sidebar Blog anda & pastikan ianya Link Back ke contest ni & Blog Penaja


4. Hanya tajuk "CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish" sahaja yang DITERIMA & Sila Pastikan ENTRI Contest Berkenaan adalah "STICKY MODE".... (senang mama nak amik gambo peserta untuk publish)


5. Contest ni untuk Baby berumur 3 Tahun ke bawah 2006 - 2009 dan Contest Bermula dari 20hb November 2009 sehingga 06 Januari 2010 


6. Upload hanya SEKEPING gambar Baby anda yang Latest sekali....Gambar yang Di EDIT & gambo Studio dilarang sama sekali ok....gambo mesti sendiri snap k....baru adil kan..


7. Bila dah siap, tinggalkan URL LINK anda di entri ini. Untuk pemilihan pemenang nanti... & Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada blog ini...


8. Hadiah untuk pemenang ditaja oleh BRANDED BABY CLOTHES


9. Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....


Dan yang paling penting sekali, sila lengkapkan butir2 berikut:


1) Nama Anak Anda beserta Umur & Tarikh Lahirnya


Ni jer gambar yang ada untuk dicalonkan....Abaikan lah yer kaki daddynya itu....



NAMA : NUR NAJWA NUHA BINTI NORHISAM
UMUR : 1 TAHUN 5 BULAN
TARIKH LAHIR : 30 JUN 2008

Tuesday, January 5, 2010

Pendidikan anak : Bermula dari dalam diri

Sekadar untuk berkongsi info yang mama baca dari http://anakkusayang.com

Umar al-Khattab pernah berkata, “Sesungguhnya Allah memiliki orang-orang yang menghidupkan kebenaran dengan sekadar menyebutnya, dan mematikan kebatilan dengan sekadar meninggalkannya”.


Mudah sahaja sebenarnya untuk mendidik anak agar jadi seorang yang pintar membaca, pintar berkata-kata, pintar mengira, akan tetapi yang paling sukar adalah membentuk keperibadiannya menjadi seorang muslim yang sebenarnya.

Mendidik anak menjadi pintar cukup dengan mempersembahkan ilmu-ilmu kepadanya, walaupun kita sendiri tidak mengetahui ilmu tersebut pun tak mengapa, walaupun kita sendiri tidak mengamalkan ilmu tersebut pun tidak mengapa, lain halnya dengan sikap dan keperibadian diri anak-anak, kita perlu terlebih dahulu menjadi seorang yang baik, baru anak kita akan ada contoh ikutan yang dia akan ikuti.

“Bahasa perbuatan adalah 1000 kali ganda lebih hebat dari bahasa percakapan”

“Kebaikan dan keburukan adalah bagai rantai, setiap kali kita berbuat kebaikan kita akan lebih dekat untuk berbuat kebaikan yang lain, dan setiap kali kita berbuat jahat, kita akan lebih dekat kepada kejahatan yang lainnya.”

Untuk mendidik anak berbuat kebaikan, kita terlebih dahulu perlu menjadi contoh yang baik, kemudian ajak mereka buat satu kebaikan yang ringan, setiap kali mereka membuat satu kebaikan, mereka akan seronok dengan perasaan menjadi baik, mereka akan menanamkan perasaan diri mereka baik, dan semakin kuat perasaan itu ditanam di dalam diri mereka, semakin senang untuk mereka menjadi baik dengan spontan, sehinggalah kebaikan itu menjadi tabiat dalam diri mereka. Setelah tabiat mereka dikekalkan dalam satu jangkamasa tabiat akan menjadi peribadi mereka, dan ketika itu sudah sangat sukar untuk mereka melakukan perbuatan yang salah.

Ketika itu kita hanya duduk mengutip kebahagiaan hasil pekerjaan mendidik mereka…


Info di atas amatlah berharga untuk memotivasikan mama menjadi mama yang terbaik dalam mendidik ADAM & NUHA menjadi anak soleh dan solehah..